13 cara elak kucing dari berak di laman anda

Dah tanam pokok cantik-cantik di laman rumah, tiba-tiba ada bau busuk dan rupa-rupanya ada tahi kucing di laman rumah. Sakitnya hati! Jom baca artikel ini untuk ketahui cara halau kucing daripada berak di laman anda.

Penafian: Artikel ini bertujuan untuk mengemukakan beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah kucing berak merata-rata. Pihak kami ingin menegaskan kita tidak patut menggunakan sebarang cara yang kejam dan menganiaya haiwan sebagai jalan penyelesaian.

Bila ada sahaja kucing, tak kira baka kucing bengal, kucing siam atau kucing liar sekalipun, tak lari dari masalah berak di laman rumah atau kucing kencing merata. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai taman dan kebun yang cantik di laman rumah, tiba-tiba bau busuk tahi kucing pula menusuk ke hidung. Geramnya!

Tidak kira masalah kucing ini berpunca daripada kucing anda, kucing jiran atau kucing liar sekalipun, jika anda masih tercari-cari tips agar kucing tidak berak di halaman kita, kali ini kami kongsikan kepada anda cara menghalang kucing daripada membuang najis di laman anda.

Fakta kucing: Najis kucing bukan sahaja mempunyai bau yang busuk, malah mengandungi bahan yang boleh menganggu kesuburan pokok.

Kenapa kucing berak merata

1. Masalah kesihatan

Jika sebelum ini kucing peliharaan anda tiada masalah untuk menggunakan litter box, tetapi sekiranya ia tiba-tiba berak merata, kucing anda mungkin mengalami masalah kesihatan. Bawa kucing anda segera ke veterinar untuk mengenal pasti punca masalah sebenar.

2. Menanda kawasan

Jika kucing rumah lebih cenderung untuk kencing merata bagi menanda kawasan, kucing liar lebih biasa untuk berak merata sebagai salah satu cara untuk menanda kawasan.

3. Kawasan yang sesuai untuk kucing membuang najis

Sudah menjadi naluri kucing, mereka akan gemarkan kawasan dengan tanah yang lembut serta lapang untuk mereka membuang najis. Tidak lain tidak bukan, kawasan ini adalah di halaman rumah anda.

Namun, jangan bimbang, kami akan kongsikan lebih lanjut bagi mengubah persekitaran laman anda dan secara tidak langsung menghalang kucing daripada berak di laman anda.

Cara halang kucing daripada berak di laman anda

1. Cuci dan hilangkan bau tahi kucing terlebih dahulu

Kucing sangat sensitif terhadap bau, oleh itu sebelum mencuba mana-mana cara lain, pastikan anda menghilangkan bau tahi kucing terlebih dahulu. Ini kerana, kucing akan berak di tempat yang sama di mana ia meninggalkan bau.

Tidak ada gunanya jika anda mencuba pelbagai cara lain untuk menghalau kucing tetapi kawasan yang pernah terkena tompokan tahi kucing ini tidak dibersihkan hingga benar-benar bersih. Jika ia masih meninggalkan bau yang kuat, kucing tetap akan berak di tempat yang sama.

2. Bina pagar penghadang di taman atau halaman

Bagi mereka yang mempunyai tanaman dan laman rumah, pastikan anda mempunyai pagar penghadang terlebih dahulu. Pernah dengar pagar anti kucing? Pagar ini akan mempunyai spike seakan kawat duri yang diperbuat daripada plastik.

Pagar penghalau kucing ini mudah didapati di mana-mana kedai hardware atau secara online.

Spike atau kawat duri plastik ini akan mendatangkan rasa tidak selesa kepada kucing untuk mendekati tanaman di laman rumah anda. Walaupun masih ada kucing yang boleh melompat tinggi, sekurang-kurangnya anda sudah mempunyai tembok pertahanan pertama di laman rumah.

3. Tanam pokok berduri di sekeliling laman anda

Green cacti field on blur background

Sekiranya anda inginkan lebih pertahanan dari kucing berak di laman anda, cuba tanam pokok yang berduri di sekeliling tanaman anda. Antara contoh tumbuhan yang boleh digunakan sebagai pagar semulajadi ini ialah tanaman kaktus atau pokok ros

Jika tiada mana-mana tumbuhan berduri, anda juga boleh menggunakan mana-mana ranting beduri dan letakkannya di sekeliling rumah anda. Selain tidak membahayakan kucing, ia juga merupakan cara halus mengusir kucing agar tidak kembali lagi di taman anda.

4. Guna botol sirap atau CD lama

Anda pastinya sudah biasa dengan cara menggunakan botol sirap untuk menghalau kucing. Cara ini menggunakan konsep pemantulan cahaya yang dikatakan akan menakutkan kucing. 

Cari beberapa botol plastik yang kosong dan isi dengan cecair berwarna merah atau air biasa. Letakkan botol plastik ini di kawasan yang terdedah pada cahaya. Pantulan cahaya yang terkena botol ini dikatakan akan menakutkan kucing.

Ada CD lama? Jangan buang CD lama ini tetapi manfaatkannya sebagai salah satu cara untuk elakkan kucing berak di laman rumah. Caranya cukup mudah, gantungkan sahaja CD lama ini di pagar atau di sekeliling laman rumah yang sering menjadi kawasan kucing berak. Pantulan cahaya yang terkena CD lama ini dikatakan mampu menakutkan kucing dan salah satu cara mengusir kucing agar tidak kembali lagi.

BACA: 13 cara untuk menghapuskan pelbagai jenis kutu dan telurnya

5. Gunakan tumbuhan menghalau kucing

Jika pokok galak kucing atau nama saintifiknya Nepeta Cataria boleh digunakan untuk menarik minat kucing, anda juga boleh gunakan tumbuhan untuk menghalau kucing. Terdapat beberapa pilihan tumbuhan yang dikatakan mengeluarkan bau yang tidak disukai kucing dan seterusnya menggalakkannya daripada datang kembali iaitu:

6. Gunakan semburan menghalau kucing

punishment of a cat with water spray. isolated on white background.

Seterusnya, anda juga boleh menggunakan semburan bagi menghalau kucing. Semburan ini akan diolah dengan menggunakan bau yang tidak disenangi oleh si kucing.

Bagi laman rumah, anda digalakkan menggunakan semburan daripada bahan semulajadi. Elakkan menggunakan semburan daripada bahan kimia kerana ia akan merosakkan laman anda serta tumbuhan yang digunakan.

Berikut merupakan beberapa bahan semburan yang boleh dicuba iaitu:

a. Serai wangi

Semburkan cecair serai wangi ini di kawasan yang sering menjadi tempat kucing berak di laman. Dengan bau yang kuat daripada serai wangi ini, ia boleh membantu menghilangkan bau busuk tahi kucing yang pernah berak di situ.

b. Cuka

Tahukah anda, selain dari menghalau kucing, cuka juga berkesan untuk menghalau serangga pada tanaman anda. Cuka yang mempunyai bau yang kuat dan masam juga dikatakan berkesan untuk menghilangkan bau tahi kucing dan mengusir kucing supaya tidak kembali lagi.

Caranya cukup mudah, campurkan sahaja cuka bersama dengan air suam di dalam botol penyembur. Kemudian, semburkan sahaja pada tanaman yang sering menjadi kawasan kegemaran kucing ini membuang najisnya.

7. Gunakan kulit limau atau lemon

Limau atau lemon bukanlah bahan asing bagi masakan di Malaysia. Namun, kulit limau atau lemon jangan dibuang begitu sahaja. Sebaliknya, gunakan kulit limau atau lemon ini sebagai salah satu cara menghalau kucing dari berak di laman anda.

Kulit limau atau lemon ini  yang mengandungi citrus akan mengeluarkan bau yang tidak boleh diterima oleh deria bau kucing. Selain bertindak sebagai pewangi semulajadi di laman rumah, ia juga dapat menghindarkan kucing dari datang dan berak di kawasan yang sama.

8. Ubat gegat

Ubat gegat sudah tidak asing lagi sebagai salah satu racun serangga, tetapi ia juga dikatakan boleh menghalau kucing. Bau yang dikeluarkan oleh ubat gegat ini tidak digemari kucing dan akan menyebabkan ia menghindari kawasan yang telah ditabur ubat gegat ini.

Namun begitu, ubat gegat tidak sesuai digunakan sekiranya anda mempunyai tanaman. Ia dikatakan boleh menjejaskan kesuburan tanah serta mengandungi racun. Kebiasaannya, ubat gegat ini digunakan untuk menghalau kucing dan hanya ditaburkan di atas rumput tiruan.

9.  Penyembur air automatik

Jika anda mempunyai bajet lebih, laburkan sedikit wang bagi penyembur air automatik yang mengesan pergerakan. Seperti yang diketahui, kucing sangat takut dan benci dengan air. 

Dengan menggunakan penyembur air automatik, setiap kali kucing cuba untuk berak, penyembur air itu akan mengesan pergerakan dan menghalau kucing dari berak di laman anda.

10. Sediakan litter box yang jauh dari laman rumah

Ginger Cat Pooping / Urinate at Litter

Jika anda mempunyai kawasan lebih di laman rumah, anda juga boleh mewujudkan satu litter box kucing di luar rumah. Bagi menjimatkan kos, wujudkan sahaja satu ruangan berpasir di kawasan yang jauh di laman rumah.

Ruangan berpasir ini juga boleh diletakkan di kawasan belakang rumah atau di tepi longkang bagi memudahkan anda membuang dan membersihkan tahi kucing tersebut.  Bagi menarik minat kucing berkumpul di kawasan tersebut, anda boleh meletakkan pokok kucing galak atau catnip di ruangan berpasir tersebut.

11. Mesh wire

Ada lebihan jaring besi di rumah? Jom DIY jaring besi untuk bebaskan laman anda dari serangan tahi kucing ini. Caranya cukup mudah, ukur kawasan yang sering menjadi serangan tahi kucing ini. Kemudian, potong jaring besi mengikut kawasan tersebut.

Akhir sekali, potong bahagian tengah jaring besi ini dan bengkokkan ke atas. Dengan cara ini, ia akan mewujudkan perimeter yang terkawal dan sekaligus mengelakkan kucing untuk berak di laman tersebut lagi.

Petua elak kucing berak dalam pasu

Masalah kucing berak di laman rumah sudah selesai, tetapi mereka beralih ke dalam pasu dan polybag pula? Jangan bimbang, terdapat dua cara yang boleh dilakukan bagi masalah ini iaitu:

12. Gunakan lidi sate atau garpu plastik dan cucuk di sekeliling tanaman pasu

Kucing sangat sensitif dengan permukaan tanah untuk ia membuang najis. Dengan mewujudkan permukaan yang tidak selesa, kucing tidak akan sesekali berak dalam pasu anda lagi.

Caranya cukup mudah, cuma ambil lidi sate atau garpu plastik yang sudah tidak digunakan dan cucuk sahaja di dalam pasu.

13. Letakkan daun serai di sekeliling pasu atau polybag

Seperti yang diketahui, daun serai mempunyai bau yang tidak disukai kucing. Ambil beberapa helai daun serai dan letakkan di sekeliling pasu atau polybag.  Kaedah ini dikatakan salah satu cara mengusir kucing agar tidak kembali lagi.

Walau apa pun cara yang anda cuba, pastikan ia tidak menyeksa si kucing comel ini. Jika anda ada cara atau tips yang lebih berkesan untuk halau kucing ini dari berak di laman anda, jangan lupa untuk kongsikan bersama kami. Semoga berjaya!

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *